Thursday, 25 October 2012

AIDILADHA

Kepada semua penduduk-penduduk Taman Putra Prima Fasa 2A, 1A&1B, 2B, 2E, 3A, 3B, 4A, 4B, 4C, 4D, 8A dan 8B serta penduduk-penduduk Taman Mas, pihak Ahli Jawatankuasa KRT Taman Putra Prima Fasa 2A ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua yang beragama Islam

ASAL USUL AIDILADHA
Di Malaysia, Aidiladha juga dikenali sebagai HARI RAYA QURBAN atau HARI RAYA HAJI. Ianya disambut selepas menunaikan sehari selepas waktu wuquf di Arafah, Arab Saudi, pada 10 Zuljijjah.

Sambutan Aidilhadha juga bagi memperingati pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi Ibrahim (perkataan 'qurban' merupakan perkataan Arab). Sebagai ujian keatas keimanan baginda, Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Ismail. Walaupun amat sedih,namun baginda tetap bersedia untuk melaksanakan perintah itu dan sewaktu baginda ingin memancung anaknya, Allah SWT telah mendedahkan bahawa perintah Dia merupakan satu ujian terhadap keimanannya. Ismail terselamat, dan sebaliknya seekor kibas telah disembelih sebagai qurban.

APAKAH ITU QURBAN?
Qurban diamalkan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebagai peringatan kepada pengobanan besar Nabi Ibrahim dan juga merupakan salah satu ibadah yang terpenting dalam Islam

HAIWAN YANG BOLEH DIQURBAN
Haiwan yang disembelih sebagai qurban adalah haiwan berkaki empat seperti biri-biri,kambing,lembu,kerbau dan unta.

APAKAH ITU HAJI?
Haji adalah penghijrahan ke Mekah pada bulan Zulhijjah yang harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup setiap umat Islam yang sihat tubuh badan,Ianya merupakan rukun Islam yang ke-lima

BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA MENYAMBUT AIDILADHA
Umat Islam mendirikan solat sunat berjemaah di pagi Aidiladha

Penyembelihan haiwan dilakukan selepas solat sunat berjemaah di mana haiwan qurban disembelih mengikut sunnah Islam dan dagingnya kemudian diedarkan.

Satu pertiga daripada daging qurban akan diberikan kepada individu yang membuat qurban itu,manakala selebihnya diberikan kepada orang-orang miskin dan lain-lain yang layak menerima dalam masyarakat itu mengikut ajaran Islam

Selepas itu,hari Raya Qurban disambut selama 3 hari dengan acara korban dan ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara saudara mara dan rakan-rakan

No comments:

Post a Comment